Orang-orang barat dewasa ini sedang bersungguh-sungguh mempertikaikan keserasian di antara agama dan sains. Boleh dikatakan tidak munasabah bagi seorang pemikir barat untuk menerima hakikat boleh ada satu titik pertemuan di antara agama dan sains. Kitab Bible yang diimani orang Kristian mempercayai kononnya pokok yang mana Nabi Adam ‘alaihissalam telah memakan buahnya ialah Pokok Ilmu.
Justru, selepas memakan buahnya, Nabi Adam ‘alaihissalam mendapat ilmu yang tidak baginda ‘alaihissalam ketahui sebelum itu. Disebabkan perkara inilah Eropah membazirkan 2 kurun bertelingkah dan berdebat samada mahu atau tidak menerima ilmu sains daripada orang-orang Islam.
Profesor Simpson mengkaji dua Hadist dengan tekun dan sememangnya beliau tahu bahwa ketika 40 hari pertama kandungan ialah peringkat janin-genetik yang sudah dapat dicamkan pembentukannya. Beliau amat takjub dengan ketepatan dua hadist tsb. Di dalam satu persidangan yang dihadirinya beliau memberikan pendapat ini: “Dua Hadist itu telah memberikan satu jadwal secara terperinci mengenai perkembangan janin sebelum 40 hari”. Sebagaimana yang telah disebut oleh penceramah lain, dua hadist ini tidak mungkin disabdakan berdasarkan pengetahuan sains yang ada ketika itu.
Profesor Simpson menyatakan bahawa agama boleh memandu usaha pencarian ilmu. Namun, pihak barat sebagaimana yang kita bincangkan tadi menolak kemungkinan ini. Dan kini sudah ada seorang ahli sains Amerika yang yakin bahawa agama, khasnya yang bernama Islam, boleh mempertemukan agama dan ilmu dengan jayanya. Sebagai perbandingan, bayangkan anda pergi ke sebuah kilang dan anda membawa bersama buku panduan tentang kilang itu. Sudah tentu anda dapat memahami perjalanan kilang itu dengan senang disebabkan anda ada buku panduannya. Tanpanya, ,mungkin sukar untuk anda memahami perjalanan kilang berkenaan.
Profesor Simpson berkata: Justeru, saya berpendapat bukan hanya tiada percanggahan antara fakta genetik dan agama, tetapi lebih dari itu agama boleh memandu sains dengan adanya wahyu-wahyu Tuhan yang boleh menolong dalam pengkajian sains. Memang ada ayat-ayat al-Quran yang terbukti benar oleh penemuan sains. Ini membuktikan ilmu di dalam al-Quran itu datangnya dari Allah.
Itu sememangnya benar. Seharusnya umat Islam memulakan pengkajian ilmu dan mereka berupaya mengangkat ilmu ke tempat yang sepatutnya. Lebih-lebih lagi umat Islam tahu bagaimana menggunakan ilmu untuk membuktikan keujudan Allah Yang Maha Besar dan Maha Suci dan mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad sallalahualaihiwasallam.
Pembahasan:
KEAJAIBAN SAINS DI DALAM ALQURAN
PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA (A)
PERINGKAT-PERINGKAT KEJADIAN MANUSIA (B)
PERINGKAT PERKEMBANGAN JANIN MANUSIA
KETERANGAN AL-QURAN MENGENAI RUPA BENTUK JANIN (LUARAN DAN DALAMAN)
PENYAKIT BARU AKIBAT MAKSIAT
KEUPAYAAN KULIT: DERIA RASA
Selamat membaca
Download disini










